Skip to main content

5 Tips Penting: Macam Mana Nak Tulis Jurnal Yang Berkualiti Tinggi Dan Menerbitkan Di Jurnal Internasional?

 

“Apakah elemen yang saya perlu mengambil kira semasa menulis jurnal?”

 

Sebelum Anda Mula Menulis

Andakah anda tahu bahawa cara terbaik untuk menulis artikel penyelidikan jurnal yang berjaya sebenarnya sudah bermula sebelum anda menulis lagi. Jadi, macam mana nak tulis jurnal?

Pertama, semasa melakukan beberapa bacaan tentang penyelidikan anda, ia amat berguna untuk menyimpan artikel jurnal dalam sistem pengurusan rujukan seperti ‘Mendeley’, ‘Zotero’ atau ‘Endnote’ ia akan menjadi lebih mudah bagi anda untuk mencari balik semula artikel jurnal untuk tujuan rujukan pada masa depan. Kedua, anda mesti memastikan bahawa reka bentuk projek penyelidikan anda mengandungi matlamat penyelidikan yang sangat jelas termasuk siri objektif kajian kerana ini akan membentuk asas kertas penyelidikan anda.

Ketiga, jurnal manuskrip yang baik memerlukan kriteria seperti bahan-bahan yang digunakan dan kaedah yang jelas. Ini dapat menyenangkan pembaca replika kaedah anda. Akhir sekali, anda digalakkan untuk mula menulis sebaik sahaja anda telah melengkapkan semua analisis anda. Ini akan menyenangkan kerja anda untuk membincangkan keputusan kajian anda nanti. Kemudian, anda cuma perlu mencari masa yang sesuai dan mula menulis.

Dah tahu macam mana nak tulis jurnal? Kalau masih tidak faham lagi atau tidak tahu kena bermula dari mana, bacalah 5 tips penting di bawah!

1) Membaca Kesusasteraan Yang Telah Diterbitkan Dalam Bidang Anda

Membaca dan memahami kesusasteraan adalah titik permulaan yang sangat penting dalam mana-mana aktiviti penyelidikan dan perlu diamalkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai penyelidik dan pelajar PhD skip peringkat itu. Implikasinya, mereka membuat skop yang sama seperti yang dibuat oleh orang lain. Ini merupakan satu fenomena yang membazir masa dan sumber.

Macam Mana Nak Tulis Jurnal-EdiThumbs2) Jangan Mengamalkan Sifat Malas Dan Meniru

Jangan mengambil jalan mudah untuk menyalin artikel jurnal yang sebelumnya disebabkan menghadapi tekanan dalam proses penulisan dan tarikh akhir untuk hantar artikel jurnal anda semakin dekat. Ciplak atau dikenali sebagai salin dan tampal satu atau sekumpulan ayat tanpa menambah tanda petikan yang betul dan rujukan ke kerja asal merupakan tingkah laku yang salah. Bagi anda, mungkin tiada siapa yang akan perasan bahawa anda sendang meniru kerana puluhan ribu artikel akan diterbitkan setiap tahun.

Tahukan anda bahawa ciplak adalah pelanggaran serius dalam etika penerbitan dan dalam beberapa kes juga boleh menjadi pelanggaran hak cipta. Kebanyakan penerbit akademik mempunyai perisian yang sangat sensitif untuk mengesan plagiarisme seperti CrossRef dan Similarity Check. Elsevier, sebagai contoh, akan melabelkan perkataan plagiarism pada artikel jurnal jika didapati unsur-unsur salin dan tampal. Secara keseluruhannya, plagiarisme bukan sahaja akan membawa kepada penolakan manuskrip anda tetapi juga akan memberi kesan negative kepada kerjaya masa depan juga.

Macam Mana Nak Tulis Jurnal-EdiThumbs

 

Related: Top 10 Teacher-Student Collaborative Tools For Academic Research

 

3) Mengandungi Semua Komponen Artikel Utama

Tanya diri anda. Mengapa artikel saya mesti diterbitkan dalam jurnal? Apa pengetahuan baru yang penyelidikan anda akan membawa kepada masyarakat akademik? Adalah kaedah anda boleh dipercayai? Adalah keputusan anda boleh dipercayai? Adakah kesimpulan anda wajar? Ini adalah soalan umum yang editor dan pengulas akan bertanya kepada anda:

-Kesesuaian tajukTop 3 Must-Do Checklist Before Submitting Thesis For Examination-EdiThumbs

-Abstrak

-Mengenal pasti jurang pengetahuan

– Elemen yang baru atau inovasi

– Kaedah Kajian

– Keputusan yang diperolehi

-Perbincangan yang kritikal

– Kesimpulan

-Penghargaan

-Rujukan

Jika ingin tulis jurnal yang berkualiti tinggi dan menerbitkan di jurnal internasional, anda dinasihatkan supaya membuat penerangan yang terperinci terutamanya di bahagian metodologi penyelidikan supaya penyelidik lain boleh menghasilkan semula kerja anda. Lebih baik lagi, anda boleh mengikuti panduan menulis jurnal internasional dan menyampaikan semua komponen dalam susunan yang betul seperti yang dinyatakan dalam keperluan jurnal.

4) Menggunakan Format Yang Betul

Kecuali dinyatakan dengan jelas sebaliknya (contoh dalam menyatakan hipotesis penyelidikan), setiap kenyataan dalam artikel saintifik harus segera disokong oleh rujukan yang sesuai atau dengan keterangan yang dilaporkan dalam artikel anda. Contoh: “Lapisan komposit nano tersebut didapati mempamerkan sifat lekatan yang baik dengan kecekapan perlindungan kakisan yang tertinggi sebanyak 51.16% (Chiong 2017)”. Jika anda tidak menambah rujukan di akhir ayat ini, anda mencadangkan bahawa ini adalah keputusan kenyataan penyelidikan anda yang dilaporkan. Menambah rujukan di mana tidak diperlukan dan tidak menambah rujukan di mana diperlukan akan membawa kepada kekeliruan dan isu-isu salah tafsir akan timbul. Selain itu, anda kena memastikan semua gambar rajah dilabelkan menggunakan legenda, tanda-tanda paksi dan unit yang betul. Jangan lupa juga merujuk kepada jadual dan gambar rajah anda untuk menerangkan apa yang berlaku.

Macam Mana Nak Tulis Jurnal-EdiThumbs

 

Related: Top 3 Must-Do Checklist Before Submitting Thesis & Preparing For Viva Voce

 

5) Menggunakan Tatabahasa Inggeris Yang Betul

Anda telah bekerja keras untuk menulis jurnal dari A ke Z, jadi, ia sangat penting untuk memastikan anda menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul dan tepat. Jangan harap pihak pengulas, editor atau typesetter akan membetulkan untuk anda. Di sebaliknya, jurnal anda akan ditolak terus. Anda kena tahu bahawa  masa mereka sangat berharga dan mereka bukan penyimak ejaan anda. Sekiranya pihak jurnal menerima manuskrip anda tetapi dengan status, anda kena mengambil kira semua komen pengulas. Anda juga mesti memberikan justifikasi yang kukuh jika tidak boleh menjawab komen-komen mereka. Paling penting, anda haruslah mengembalikan manuskrip kepada mereka sebelum tarikh akhir. Jika tidak, manuskrip anda tidak akan diterima oleh mereka lagi.

Macam Mana Nak Tulis Jurnal-EdiThumbsGiliran Anda Seterunya

Anda tidak semestinya kena menulis manuskrip mengikut turutan yang betul- daripada abstrak sampai ke rujukan. Anda mungkin mendapati ia lebih mudah jika bermula dengan seksyen keputusan. Yang lain mungkin mendapati ia lebih mudah untuk memulakan bermula dari seksyen kaedah. Ada juga orang lain bermula dengan pengenalan kerana ia membantu mereka memahami teori. Adakah anda mempunyai pendapat atau idea lain tentang macam mana nak tulis jurnal? Berkongsilah dengan kami di bahagian komen di bawah!

Helping You Publish‎

Order Now

100% Language Accuracy

Get Free Quote

Chiong Sie Jing

Sie Jing is an experienced proofreader and copyeditor with 8+ years of experience proofreading and editing for a variety of clients. He has helped many PhD students to publish their research in international journals with high impact factor. He is also a Certified Internet Marketing Practitioner (CIMP) & Certified Six Sigma Black Belt (CSSBB).