Skip to main content

Cara Membuat Tesis Yang Baik Dan Benar

 

“Saya mahu tulis artikel jurnal sebanyak yang mungkin!”

 

PhD tidak bermaksud memberi tumpuan sepenuhnya dalam penulisan. Sebenarnya, ia adalah mengenai penyelidikan. Penulisan artikel jurnal dan tesis berfungsi sebagai satu cara persembahan sahaja. Kalau macam itu, apakah cara membuat tesis yang baik dan benar?

Bagi segelintir calon PhD, ini seolah-olah jelas, tetapi banyak juga calon PhD menganggap bahawa produk akhir untuk sepanjang PhD mereka adalah sekeping kertas atau buku yang bertulis. Maka, penulisan telah menjadi matlamat utama bagi kebanyakan calon PhD. Pemikiran tersebut bukan cara membuat tesis yang baik dan benar. Mungkin anda boleh menulis beratus-ratus muka surat. Halaman tersebut, jika sekali pandang mungkin kelihatan seperti bab tesis, tetapi sebenarnya anda tidak mempunyai kandungan penyelidikan yang baik.

Cara Membuat Tesis Yang Baik Dan Benar-EdiThumbs

Related: 5 Tips Penting: Macam Mana Nak Tulis Jurnal Yang Berkualiti Tinggi Dan Menerbitkan Di Jurnal Internasional?

 

Anda mungkin ialah seorang penulis yang hebat, tetapi jika kajian anda tidak berkualiti maka anda tidak boleh menulis tesis yang baik. Cara membuat tesis yang baik dan benar ialah mempunyai kajian yang berkualiti. Cara atau gaya penulisan tesis itu tidak semestinya kena nampak macam hebat dan sempurna. Anda hanya perlu menjelaskan apa yang anda lakukan dalam kajian dan apa hasilnya. Melakukan penyelidikan anda. Melakukan analisis anda. Membincangkan keputusan anda. Mengulanginya. Kemudian, anda cuma fokus kepada kerja-kerja menulis sahaja. Inilah cara membuat tesis yang baik dan benar.

Cara Membuat Tesis Yang Baik Dan Benar-EdiThumbsMembuat PhD dan menulis tesis adalah perkara yang berbeza. Penulisan tesis adalah sebahagian daripada membuat PhD. Tesis adalah sebahagian hasil yang orang lain dapat nampak. Kalau dibandingkan, ia hanya sebahagian kecil daripada kerja-kerja yang perlu buat sebelum habis penyelidikan PhD.

 

Related: Top 10 Teacher-Student Collaborative Tools For Academic Research

 

Nasihat ini juga boleh dipakai oleh calon PhD yang membuat kajian dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh calon PhD ialah cuba untuk menulis tanpa melakukan kerja-kerja penyelidikan asas. Contoh: seseorang yang mengumpul data temu bual tetapi hanya menggunakan kira-kira 3 hari untuk melakukan wawancara. Kualiti tesis akan bergantung kepada kualiti data yang dikumpul dan kualiti data juga banyak bergantung kepada kemahiran sebagai penemuduga. Jika anda hanya menggunakan 3 hari untuk membuat penyelidikan, maka tiada cara yang terbaik untuk anda membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk melakukan sesuatu kajian dengan baik. Bahagian penulisan tentu akan menjadi sangat sukar pada akhirnya kerana pada asasnya, anda tidak mempunyai apa-apa kandungan yang baik untuk dibentangkan.

Cara Membuat Tesis Yang Baik Dan Benar-EdiThumbsGiliran Anda Seterunya

Cara membuat tesis yang baik dan benar sangat senang. Anda cuma perlu mengambil masa untuk memahami kajian yang bakal dibuat dan rajin untuk dapatkan hasil yang inovatif dan berimpak tinggi. Ada pendapat lain? Anda boleh komen di bawah.

Top Proofreading & Editing Services

It Is Time To Finish Your Manuscript, Let Our Professional Proofreaders & Editors Help Now!

Chiong Sie Jing

Hey there! I’m Chiong. As EdiThumbs’s Managing Editor with over 10 years of professional proofreading experience, Chiong leads the editorial team with a passion for crafting high-quality writing. With extensive experience helping hundreds of PhD students and researchers worldwide, he believes that editing is both an art and an essential step in creating clear, impactful content. Chiong is also a former author and co-author of Q1 Elsevier journals, where he successfully guided students and researchers in reducing their similarity index and getting published in prestigious journals. In addition to his editorial work, he is a speaker and coach, focusing on assisting PhD candidates in crushing their viva and graduating on time. He also coaches students to develop high-impact proposals that earn top marks and distinctions. At EdiThumbs, our editors possess a deep, almost instinctive understanding of language flow, enhanced by their strong technical and English language knowledge. This expertise allows them to bring out the artistry of editing, ensuring clarity, originality, and high-quality content.